Towards Understanding The Beautiful of Islam
I am
"I believe hijab is pleasing to Allah, or I wouldn’t wear it. I believe there is something deep down beautiful and dignified about it. It has brought some beautiful and joyous dimension to my life that always amaze me"

ainulqalb seorang wanita, yang muslimah. bercita-cita mahu solehah segala serbi. ku pilih jalanku. jalan yang bukan mudah. mencuba dan menahan itu mujahadahku sepanjang jalan ini.
Qur'anic Searcher
'Ilm of Islam
Tagging of Ukhwah
Make this tagboard beneficially

Chain of Ukhuwah
Past Entries
Credits
Tuesday, August 02, 2005

Do visit me
New URL of my web site >> elzahra.com

Posted at 09:34 am by sweetmoon
Comment (1)  

Friday, June 03, 2005

Keajaiban Kuasa Allah
Hari ni, saya cume nak mengajak teman-teman berfikir mengenai kuasa manusia. Kuasa pemimpin pada rakyat, kuasa suami pada isteri, ayah pada anak, abang pada adik dan sebagainya. Sekadar peringatan buat setiap insan-insan yang mempunyai kuasa besar di atas anak kuasanya.

Segala pindaan, peristiwa dan aturan semuanya di bawah kuasa yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Ada sesiapa yang dapat mengatasi kuasa-NYA?? Walau sebesar mana pun kuasa yang di pegang kita, namun ingatlah ada lagi kuasa yang lebih maha Besar drpd kuasa-kuasa di dunia ni.

Biarpun sesuatu keputusan telah di buat oleh penguasa, undang-undang di tetapkan oleh manusia/makhluk tapi anda pastikah semua itu boleh mengikut selera kehendak anda? anda menetapkan begini dan begitu untuk mengelak daripada sesuatu tetapi tahukah anda andai itu kehendak Allah, ianya tetap berlaku jua. Keajaiban kuasa Allah yang maha Hebat mengatasi segala kuasa di dunia....

Terasa kerdilnya aku. Hanya Engkau yang maha berkuasa boleh merubah segalanya menjadi kepada suatu keajaiban. Tunjukilah aku jalan-jalan itu, Rabbi. Aku sangat bersyukur dgn ujian (ia sbnrnya bkn ujian tetapi lebih kepada cabaran) yang telah Engkau datangkan pada hamba. Ia banyak mengajar aku erti kehidupan, hati, perasaan, syukur, redha, pasrah, tabah dan bermacam lagi. Semua ni tak kan ku peroleh di sekolah darjah ku atau di kampusku. Thank you, Allah...sebuah harapan bernama doa tetap ku kirim dari sini, Rabbi

Berilah kedamaian hati untuk berfikir buat semua penguasa di dunia ini agar ia tidak membebankan anak-anak kuasanya, ya Allah...

Wahai semua penguasa di dunia...kita insan hanya mampu mengukir takdir, namun yang menentukannya adalah kuasa yang MAHA AGUNG. Jangan di lupa...redha dan pasrahlah bila ketentuan sudah tertunai atas kita semua.

Posted at 06:41 pm by sweetmoon
Comments (2)  

Wednesday, June 01, 2005

Sekitar Muktamar (hari pertama)
Ikuti perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat di WEB TV. selamat menyaksikan sejarah perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat  yang ke-46. Untuk sesi-sesi seterusnya sila ke http://www.terengganukini.net/ TAKBIR!! TAKBIR!! TAKBIR!!

+ Biarpun tak dapat hadirkan diri, dapat mengikuti melalui web TV pun dah syukur alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan Terima kasih buat KREW-KREW web TV laman Tranung Kite Online.

+ Ikuti ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat di sini yang bertajuk Mendepani Cabaran

__________________________________________________________________________

 

1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan muktamar tahun ini merupakan satu persidangan penting bagi mengukur pencapaian dan persiapan bagi dekad pertama alaf ketiga. Baca seterusnya....

2. Naib Presiden PAS, Dato' Mustafa Ali meminta Pemuda PAS bertindak segera untuk menyekat anasir negatif yang sedang menular dalam parti iaitu kempen melampau yang menjatuhkan maruah pihak lain demi menyelamatkan PAS pada masa akan datang. Baca seterusnya....

3. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menggariskan lima persiapan asas yang mesti dimiliki setiap pemuda dalam merangka gerak kerja untuk 50 tahun kedua. Baca seterusnya....

 

Posted at 08:57 pm by sweetmoon
Comment (1)  

Next Page