Towards Understanding The Beautiful of Islam
I am
"I believe hijab is pleasing to Allah, or I wouldn’t wear it. I believe there is something deep down beautiful and dignified about it. It has brought some beautiful and joyous dimension to my life that always amaze me"

ainulqalb seorang wanita, yang muslimah. bercita-cita mahu solehah segala serbi. ku pilih jalanku. jalan yang bukan mudah. mencuba dan menahan itu mujahadahku sepanjang jalan ini.
Qur'anic Searcher
'Ilm of Islam
Tagging of Ukhwah
Make this tagboard beneficially

Chain of Ukhuwah
Past Entries
Credits
Wednesday, March 31, 2004

Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan Mahasiswa Islam
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang.baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah".
(Surah AI-Ahzab: ayat 21)

"Katakanlah apakah kamu mahu Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".
"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh (hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah AI-Kahfi : ayat 103-105)

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor- faktor tersebut antara lain ialah

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'.

Allah berfirman

"Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal : ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagannnya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa. Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas
Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi.


b) Ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa
Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) Keterampilan moniver
Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap/perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) Memiliki keperibadian Islam yang baik
Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh AI-Qur'an.


5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin Mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. la lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. la (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jama'ah berjaya.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimililki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Sekurang- kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistern perkaderan yang baik untuk menampan pemimpin pelapis yang bawa. Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang.

8. Taufiq dan inayah Allah

Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan-amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya , kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan keccmerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir!

Posted at 11:57 pm by sweetmoon
Leave your comments here  

Monday, March 22, 2004

Kekalahan BA ada hikmahnya

me share the same kesedihan.. semalam di rumah cikgu Aziz, kat sek 2.. Khalid Samad, calon Pas shah alam memberi ucapannya.. suasana muram.. ada yg sedih dan menangis termasukla my friends n me..

he told us,jgn give up...there's a long way to go, walaupun kita kalah di pilihanraya, kita sebenarnya menang di sisi-NYA.. usaha dan kesungguhan yg ditunjukkan oleh semua yg terlibat dlm pilhanraya secara sukarela tanpa meminta wang ringgit, tanpa mengira penat.. hanya niat kerana nak tegakkan Islam... akan dibalas oleh ALlah SWT insha ALlah.. he goes on saying.. para mujahideen di merata dunia, diberi ujian dgn bomb, peluru, hunger dan berbagai tekanan... but kita, ni baru ujian kecil..so jgn patah hati but kuatkan lagi semangat dan iltizam, muhasabah diri, kuatkan lagi ketaqwaan dan keimanan, mantapkan lagi jamaah... dan a few ustaz ceramah n give some hadith n quranic verses related to janji ALlah kepada hamba2nya yg berkorban untuk-NYA.. today we will be in full force to remove all the election campaign materials.. ustaz kata kita tunjukkan jamaah kita yg tak mudah menyerah kalah..

kita redha dgn ketentuan ini actually.. like me, when i become paca ....masa buat counting tu, i terima apa jua keputusan because.. we have done our part n kita bertawakal pada-NYA... kita bukannya gila kuasa.. niat kita cuma nak tegakkan perundangan Islam, amar ma'ruf nahi mungkar.. it is not the end(though yesterday memang down jugak) janji ALlah pasti ada... :) yang pasti kehidupan di dunia ini sementara sahaja oleh itu pergunakan masa yg masih ada pada kita untuk lebih taqarrub pada-NYA.. insha ALlah..


... la takhaaf wa la tahzan inallaha ma'as sobireen ...

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.


Posted at 09:28 am by sweetmoon
Leave your comments here  

Tuesday, March 02, 2004

Pembudayaan Ilmu di Kalangan Mahasiswa

Ilmu adalah merupakan faktor utama kepada pembinaan sesuatu tamadun dunia yang cemerlang. Walaupun ada sesetengah sarjana ang mengatakan pembinaan tamadun di sebabkan oleh faktor agama, ekonomi, dan perpaduan tetapi faktor-faktor ini adalah akibat drpd faktor yang lebih asas iaitu ilmu.

Iman atau amalan keagamaan jika tidak didasarkan kpd ilmu yang luas dan mendalam hanyalah spt bangunan di atas pasir yang tidak berdiri teguh. Jika iman didasarkan kepada ilmu, iman itu tidak sahaja mengukuhkan peribadi individu berkenaan malah akan memberi kesejahteraan kepada manusia dan alam.

Bersesuaian dengan status mahasiswa yang kerap diperkatakan sebagai bakal pemimpin negara, pemangkin negara dan lidah yang menuarakan kehendak masyarakat, mahasiswa perlu menerapkan ciri-ciri budaya ilmu dalam setiap perancangan dan aktiviti mereka. Ciri-ciri budaya ilmu ini perlu dijadikan sebagai suatu kebiasaan dan cara hidup di dalam kehidupan harian mahasiwa.

Mahasiswa perlu menanamkan sikap cintakan ilmu dan berbangga dengan peranan mereka sebagai golongan yang mencari lmu. Tugas ini mesti berterusan dan berkekalan sepanjang hayat. Mahasiswa juga perlu memastikan dan merangka setiap program agar wujud pembinaan peribadi mahasiswa yang seimbang antara pencapaian ilmu dan peningkatan akhlak yang mulia. Tidak ada gunanya jika seorang mahasiwa mempunyai kelulusan pengajian yang tinggi dan cemerlang tetapi akhlak diri tidak cemerlang.

Meletakkan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai neraca dan rujukan asas untuk sesuatu ilmu yang dipelajari jufa merupakan salah satu ciri-ciri pembudayaan ilmu. Hakikat kebenaran hakiki yang dicari dalam sesuatu bidang pengajian samada bidang agama taua bukan agama haruslah dinilai dari segi bersesuaian ataupun tidak dengan kedua-dua sumber ini.

Sebagai mahasiwa kita juga perlu menanam sikap untuk tidak segan mengemukakan pandangan dan kritikan demi membawa idea-idea baru bersesuaian dengan keadaan semasa. Untuk itu mahasiswa perlu mempunyai penguasaan yang mendalam dalam setiap disiplin, minat yang tinggi dalam penyelidikan ilmiah, budaya membaca positif yang meluas serta penekanan matlamat mencari ilmu kepada kebenaran.

Mahasiswa perlu di ajar menghidupkan budaya berfikir yang sihat. Kepentingan kaedah berfikir ini amat dititikberatkan dalam tradisi pengajian ISLAM. Ini bermaksud kemahiran untuk membuat dan menilai buah fikiran dan hujjah dengan sistematik, padu dan ligik untuk tujuan kebenaran. Atas dasar inilah Ibnu Hazim meletakkan ilmu mantiq (logik) lebih dahulu drpd ilmu-ilmu agama kerana dengan ilmu ini seseor akan mengetahui apakah hujjah yang meyakinkan dan apakah cadangan dan bagaiamana untuk berhati-hati mengenai sesuatu yang nampak sbg bukti tetapi hakikatna bukan bukti. Melalui imu ini seseorang itu boleh menemui hakikat segalanya dan membezakan kebenaran dari kepalsuan tanpa sebarang keraguan.

Walaubagaimana pun seharusnya selaku cendekiawan yang terdidik pembudayaan itu adalah suatu yang sebati dengan naluri dan jiwanya. Fitrah seorang mahasiswa menginginkan pembinaan ilmu yang tiada henti seterusnya menzahirkan pada perilaku dan sahsiah dirinya. Lantas universiti harus dilihat sbg kilang jelmaan para ilmuwan yang lebih mengerti tentang hakikat serta peranan gelaran mahasiswa ang di sandangnya.


Posted at 03:29 pm by sweetmoon
Comments (3)  

Next Page