Towards Understanding The Beautiful of Islam
I am
"I believe hijab is pleasing to Allah, or I wouldn’t wear it. I believe there is something deep down beautiful and dignified about it. It has brought some beautiful and joyous dimension to my life that always amaze me"

ainulqalb seorang wanita, yang muslimah. bercita-cita mahu solehah segala serbi. ku pilih jalanku. jalan yang bukan mudah. mencuba dan menahan itu mujahadahku sepanjang jalan ini.
Qur'anic Searcher
'Ilm of Islam
Tagging of Ukhwah
Make this tagboard beneficially

Chain of Ukhuwah
Past Entries
Credits
Friday, August 20, 2004

Remaja Cermin Generasi Depan
Belia hari ini mencerminkan generasi yang akan datang. Pendapat ini hampir sama dengan pendapat Imam Al-Ghazali rahimahullah apabila memperkatakan tentang masa depan Islam "Sekiranya engkau hendak melihat masa depann Islam, maka lihatlah golongan belia Islam pada hari ini". Ini disebabkan golongan muda inilah yang akan menggantikan tempat generasi sekarang termasuk menggantikan mereka sebagai tampuk kepimpinan negara.

Sekiranya golongan muda tidak dibentuk dengan baik, maka masyarakat yang mereka pimpin juga akan rosak dan negara pula akan musnah. Ini merupakan satu hakikat yang perlu di terima walaupun ianya pahit.

Oleh itu, remaja perlu mempunyai persediaan dr sudut dalaman mahupun luaran. Persediaan dalaman meliputi dua yang terpenting iaitu minda dan kerohanian atau akal dan hati. Mempunyai ketajaman minda adalah suatu yang amat penting bagi memastikan seseorang itu tidak tercicir di dalam arus perdana pembangunan. Namun pembangunan minda harus berlaku seiring dengan pembangunan rohani di dalm hati seseorang. Sekiranya keadaan berlaku sebaliknya, maka pembangunan yang terhasil tidak akan bererti.

Persediaan luaran pula meliputi aspek kelulusan rasmi pengajian, kekuatan ekonomi, pengaruh dalam masyarakat dan sbgnya. Kedua-dua bentuk persediaan ini amat penting kepada diri remaja sebagai pra syarat bagi memimpin generasi masa depan.

Posted at 12:02 am by sweetmoon
Leave your comments here  

Thursday, April 29, 2004

We're belonging to Allah

Alhamdulillah..thank you Allah. hari ni masih bernyawa..semlm bagaimana? hari esok moga lebih baik drpd hari ini.

Pertamanya..Semlm ana plan nak menulis sikit tentang berita "kepergian" seorang sahabat PKPIM tetapi di sbbkan teramat penat dan otak pun mcm dah kene bius (lali). Hari ni baru dpt menulis dgn keadaan diri dan emosi yg baik (Alhamdulillah) opss berbalik pd cerita sahabat tadi, nama dia Solihah Osman, student UTM. Dia "pergi" meninggalkan kita semua utk bertemu dgn Penciptanya setelah terlibat dlm satu kemalangan jalan raya pd 27 April 2004. Ana dpt berita ni pun lewat sehari (di sbbkan attend meeting utk program BLP-PKPIM) drpd rakan-rakan di PKPIM menceritakan bagaimana kejadian berlaku. Agak tragis..sahabat-sahabat marilah kita sama-sama hadiahkan AL FATIHAH buat roh arwah. Moga di tempatkan di kalangan solihin.

Perkara kedua, tadi ana balik dr kolej...masuk je rumah ternampak kad undangan walimah. (Pantang tgk kad lawa..mesti nak belek) belek punya belek..tgklah nama pengantinnya. nice name..Nurin Mazaya dan Ahmad Affzan. Dan ibu Nurin Mazaya, adalah rakan sejawat ayah ana..hmm (dunia mmg kecil..tak di sangka-sangka) mmg ayah ada ajak pegi kenduri walimah anak Hjh Maimun bila ana minta permisi dia sblm ni utk ke kenduri walimah Bro Aseel. Dan ana nak pergi kedua-duanya sekali..sbb bro Hamzah (adik bro aseel) dah undang..tak baiklah kita menolak undangan kan. lagi pun nak juga jumpa kwn2 yg ana kenal di sana nnt. Pelawaan ayah ana pun patut ana penuhi..ana tak sangka pula..rupanya antara dua pengantin ni ade inter-related. Sabar je...

Perkara ketiga, nak kongsi rasa...rasa apa yer? sbb tak dpt pergi NAHDAH. Tapi takpelah..walaupun tak dpt ke NAHDAH, tapi dpt pergi kenduri walimah kenalan-kenalanku. Lagipun ayah tak beri NAHDAH, sbb ayah bimbangkan aktiviti lasak di sana nanti..lagipun anak dia baru je lepas "operasi". Kenelah banyak berhati-hati lagi...itulah ayah bila sayangkan anaknya


Posted at 09:31 am by sweetmoon
Leave your comments here  

Wednesday, April 28, 2004

.: Dari yg bernama Hamba-NYA :.

Tuhanku,
Aku tidak layak untuk syurga Mu,
Tapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka Mu,
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

Tuhanku,
Betapa ku dikelilingi noda Saban waktu tiap saat,
Dosaku memberati neraca amalanku,

Tuhanku,
Apakah kebaikan selama ini mencukupi utk menghapus kejahatan,
Kalaulah sakit ini sebagai kaffarah utk dosa-dosa ku,
Aku rela menerimanya cuma ku pohon pd Mu,
Gantikanlah kaffarah itu dgn rahmat Mu..utk ku menuju redho Mu.

Tuhanku,
Ku tahu cubit amalanku ini bukan jaminan utk ku ke syurga Mu,
Jika tidak dgn rahmat Mu..celakalah diri ini..........

Tuhanku,
Cukupkah air mata ini sebagai penghapus dosaku?
Samakah air mata ini dgn air mata Assaabikiinal Awwaliin?
Samakah dgn linangan air mata Saidina Ali karamallahu wajhah...di sejadahnya....
hanya krn takutkan Mu Tuhan!!!!!

Tuhanku,
Bagaimanakah boleh lepas dr dosa akhir zaman,
Dikala ftnah wanita semakin memborak,
dikala pemimpin semakin gilakan kuasa,
Dikala pemuda pemudi semakin pudar keislamannya,
Dikala manusia mencaci sunnah Nabi Mu,
Dikala manusia mencaci ulamak ugama Mu,
Ulama' pewaris nabi......

Saahabat²ku,
jadilah obor yg menerangi islam,
Di atas pundakmu tertanggung warisan nabimu,
Lanjutkanlah ia ke hujung zaman.....

Puteri²ku,
Padamu tergantung harapan,
Lahirkan jil-jil rabbani,
semaikan benih-benih keimanan,
Bajailah tunas-tunas ketaqwaan,
Suburkanlah dengan amalan²,
Sebagai bekalan mengenal tuhanmu...

Yang bakal menggantikan Umar Al-Faruq,
Yang bakal merobek dada-dada musuh durjana,
Yang bakal mencantas leher-leher munaafiqiin,
Yang bakal menghurai belenggu rantai kuffar......

Teman,
Bersama-sama dgn kebenaran,
Tembokkan diri dr kejahatan,
Ingatlah segala saham jahatmu akan meranah dirimu....

Moga syurga Allah tempat abadi kita yg terakhir..
Aaamiiinnn..!!!!

:=- baru je tukar cat dinding rumah kite ni teringat akan diriku berapa lama lagi utk bersama dgn rumah ini.


Posted at 09:33 am by sweetmoon
Leave your comments here  

Next Page