Thursday, October 28, 2004
Hadiah istimewa buat Maryam
Maryam...
Hari ni selamat lah sudah Cik Fata menjadi baby buat ke-19 kalinya. Apa rasa dah 19 tahun? Nak tau? Besday kali ni Kak Long kaya sangat-sangat. So apa lagi, rasa nak mengaprisiasikan hari lahir cik Fata kite ney dengan hadiah yang sentiasa di idamkannya

. Kak Long pun beli ar hadiah yang memahal. Bukan nak membazir tapi...fefaham la ek. Harap cik Fata gembira terlonjak-lonjaklah dengan hadiah ni.
Cuba teka hadiah apa

? Oleh itu, dengan bangganya Kak Long mempersembahkan hadiah yang paling istimewa. Kak Long simpan elok-elok ni takmo bagi calar. Lama dah simpan hadiah ni, beli sebulan yang lepas. Menunggu saat utk serahkan hadiah ni amatlah menyeksakan. Risau kene curik ni. OK, kalau perlukan apa-apa contact je Kak Long. Alamatnya = di rumah yang sama kita tinggal. No telefon kalau cik Fata masih belum maklum bley tanya kat CELCOM.
Jadinya cik Fata, boleh la tuntut hadiah tu di
..SINI.. selamat bergembira & menggunakannya dan rantai kat atas tu pun utk Fata baru je beli tadi kat Kedai Emas ainulQalb

. Salam sayang dari kakakmu yang...yang..ermmmm yang apa ek Fata

. Yang apa-apalah je..janji kita dua je tahu yang apa. Opsss..Allah swt pun tahu

Cau shin cie cik Fata...Doa tuk Fata

Posted at 10:13 pm by sweetmoon
muhibbatul-Islam
Saturday, October 16, 2004
Taarif ringkas puasa:
Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri dan menahan dari sesuatu.
Puasa dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Dinamakan bulan Ramadhan:
Dinamakan Ramadhan diambil daripada perkataan 'ramadha' yang bermakna kesangatan panas. Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan Ramadhan.
Kelebihan atau kemulian Ramdhan:
1. Penghulu segala bulan,
“Penghulu segala bulan ialah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah Jumaat”
2. Dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka,
"Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan"
3. Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan,
"Sembahyang lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar"
4. Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan diampunkan dosa yang lalu.
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah SWT diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas"
Posted at 06:51 pm by sweetmoon
muhibbatul-Islam
Friday, August 20, 2004
Remaja Cermin Generasi Depan
Belia hari ini mencerminkan generasi yang akan datang. Pendapat ini hampir sama dengan pendapat Imam Al-Ghazali rahimahullah apabila memperkatakan tentang masa depan Islam "Sekiranya engkau hendak melihat masa depann Islam, maka lihatlah golongan belia Islam pada hari ini". Ini disebabkan golongan muda inilah yang akan menggantikan tempat generasi sekarang termasuk menggantikan mereka sebagai tampuk kepimpinan negara.
Sekiranya golongan muda tidak dibentuk dengan baik, maka masyarakat yang mereka pimpin juga akan rosak dan negara pula akan musnah. Ini merupakan satu hakikat yang perlu di terima walaupun ianya pahit.
Oleh itu, remaja perlu mempunyai persediaan dr sudut dalaman mahupun luaran. Persediaan dalaman meliputi dua yang terpenting iaitu minda dan kerohanian atau akal dan hati. Mempunyai ketajaman minda adalah suatu yang amat penting bagi memastikan seseorang itu tidak tercicir di dalam arus perdana pembangunan. Namun pembangunan minda harus berlaku seiring dengan pembangunan rohani di dalm hati seseorang. Sekiranya keadaan berlaku sebaliknya, maka pembangunan yang terhasil tidak akan bererti.
Persediaan luaran pula meliputi aspek kelulusan rasmi pengajian, kekuatan ekonomi, pengaruh dalam masyarakat dan sbgnya. Kedua-dua bentuk persediaan ini amat penting kepada diri remaja sebagai pra syarat bagi memimpin generasi masa depan.
Posted at 12:02 am by sweetmoon
muhibbatul-Islam