Kak Nuun bersama Amiir Husaini (7 bulan) dan Dr Mariah
NOR ASHIQIN BT MOHD ALI, 25 tahun, bertugas sebagai Penolong Pengurus, CASP, Tkt 3, TM IT Complex TM Net Sdn Bhd, Cyberjaya telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan Jalan Raya di lebuhraya Puchong-Kajang (berhampiran IOI) pada petang semalam @ 16 Disember 2004 bersamaan 4 Zulkaedah 1425H. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan selepas Isyak semalam juga.
Beliau meninggalkan seorang suami tercinta yang juga anggota TM, Ahmad Faizal Mohd Zani, Pen. Pengurus di unit IT Infrastructure Planning, ITDÂ dan seorang anak lelaki Amiir Husaini bt Ahmad Faizal yang baru berusia 7 bulan.
Itulah berita yg ana mula-mula baca setelah selesai meeting tgh hari ini di blog
Kak Aini. Kebiasaannya ana akan pergi ke blog Kak Nuun selepas melawat blog "sahabat" ana. Tetapi hari ini ana bermula dengan blog Kak Aini. ya Allah...
InnalilLahi wa inna ilaihi roji'un
Terkejut dan terkedu mendpt berita ni. Ana terus call Mdm Dell (lecturer ana) utk mendptkan kepastian apakah benar berita ini. Mdm membenarkan. ana mengucap..(Kak Nuun merupakan bloggers yg sering menjadi perhatian ana, beliau merupakan adik kpd lecturer ana, Mdm Fadhilah serta kakak kpd teman ana, Najihan)
Kak Nuun..berbahagialah akak di "sana" dgn iringan restu dan redha makhluk dibumi. Insha Allah redha Allah bersama mu jua. Ana begitu menyanjungi akak termasuk keluarga akak. (sekadar luahan w/pun ana tahu Kak Nuun tak mungkin membaca lagi) Akak..bertemu lah kita di sana nanti insha Allah. (SubhanalLah untungnya akak di panggil dalam keadaan akak masih muda, serta masih berada dlm perjuangan ISLAM)
Marilah semua kita sama-sama sedekahkan
al-Fatihah buat roh Kak Nuun tidak kiralah sama ada kita mengenali beliau secara dekat, mengenali namanya, mengenali wajahnya, pernah membaca tulisannya dan tidak mengenali beliau langsung.
Moga seluruh kaum keluarga Kak Nuun diberi kekuatan oleh Allah menghadapi musibah yang menimpa ini.
Click on dat picture for see her car
Posted at 01:10 pm by sweetmoon
muhibbatul-Islam